Rauf rasmi Mesyuarat Perwakilan UMNO Masjid Tanah

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

TANJUNG BIDARA 18 Dis – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, hari ini, merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Masjid Tanah.

Mesyuarat yang diadakan di Villa D’Acqua, di sini, itu dihadiri lebih 200 perwakilan Masjid Tanah.

Ab Rauf yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah terdahulu tiba di mesyuarat berkenaan pada jam 8.50 pagi dan disambut perwakilan yang hadir.

Turut hadir, Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali serta barisan kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Masjid Tanah dan ADUN-ADUN Masjid Tanah.

AB Rauf ketika berucap pada Majlis Pewakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah

Dalam ucapan perasmiannya, Ab Rauf meminta perwakilan agar tidak leka dengan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, baru-baru ini.

Beliau berkata, meskipun memenangi dua pertiga kerusi pada PRN itu, namun semua jentera perlu bersedia menghadapi cabaran mendatang terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan menentukan kerajaan yang akan mentadbir Putrajaya.

Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai pertambahan 16,000 pengundi baharu dalam kalangan anak muda berusia 18 tahun ke atas di Masjid Tanah.

Tegasnya, kesemua pengundi muda itulah yang perlu didekati bermula sekarang bagi memastikan Masjid Tanah kekal menjadi milik UMNO dan BN.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1976
Kongsi :
Previous post Dr Noor Hisham diilih sebagai penerima Anugerah Kepimpinan PRCA Malaysia
Next post 10 maut kemalangan ngeri babit empat kenderaan
Ubah saiz-+=