Sorting by

×

Rebut E-Ang Pow sehingga RM30,000

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDA HILIR 23 Jan – Dataran Pahlawan Melaka Megamall (DPMM) menawarkan ganjaran E-Ang Pow sehingga RM30,000 buat pengunjung sempena Tahun Baharu Cina.

Pengerusi program Dorothy Toh berkata, bagi merebut peluang itu, pengunjung hanya perlu memuat turun aplikasi MAI Rewards dan menikmati pengalaman membeli-belah di DPMM.

“Selepas muat turun aplikasi MAI Rewards, pengunjung perlu main permainan dalam talian ‘Count the Tiger’ dan memenangi lebih banyak hadiah menarik.

“Para pengunjung juga berpeluang mendapatkan sampul angpau beserta pelitup muka bertemakan Tahun Baharu Cina jika berbelanja sebanyak RM30 dan ke atas dalam satu resit,” katanya.

Dorothy berkata demikian ketika ditemui MHI selepas Majlis Perasmian Tahun Baru Cina di DPMM di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Operasi DPMM, Michael Ong dan Pengurus Pembangunan Perniagaan DPMM, Ken Jim Chua.

APLIKASI MAI Rewards

Tambahnya, selain itu pengunjung juga berpeluang mendapat hadiah eksklusif Hotpot dan BBQ Pot apabila berbelanja sebanyak RM500 dalam dua resit.

“Penebusan hanya terhad bagi satu tebusan hadiah untuk hari minggu dan hanya tiga penebusan hadiah pada hujung minggu.

“Badan Pengurusan Bersama (JMB) juga menjemput semua pengunjung Melaka untuk ambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik yang diadakan bermula 1 Feb hingga 2 Feb ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

629
Kongsi :
Previous post Jangan sebar tidak rasmi berhubung kesihatan Tun M – Annuar
Next post Kerajaan beri jaminan tiada lagi PKP, sekatan balik beraya
Ubah saiz-+=