
Regu takraw Melaka buru emas
AYER KEROH 23 Ogos – Impian Pasukan Sepak Takraw SUKMA Melaka untuk menyumbangkan pingat semakin cerah apabila layak ke pentas final selepas menewaskan Selangor 2-0 dalam saingan separuh akhir berlangsung di Stadium Muhibbah, Bintulu, pagi ini.
Pengurus Pasukan Sepak Takraw SUKMA Melaka, Datuk Mustafa Musa berkata, pada pentas final nanti regu Melaka akan berdepan Perak yang menewaskan tuan rumah Sarawak 2-0.
“Semangat pemain regu Melaka berada pada tahap luar biasa, mereka bersungguh-sungguh memburu emas pada perlawanan akhir nanti. Berdasarkan semangat ditunjukkan serta persediaan mental pada tahap terbaik saya yakin regu sepak takraw Melaka akan mencipta kejayaan di pentas final.
“Ayuh orang Melaka, kita bangkit bersama, doakan kejayaan pemain regu kita pada pentas final,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mustafa berkata, skuad regu Melaka dibarisi Adam Ameerul Khairul Anuar, Ahmad Zulkarnain Ahmad Sabry, Muhammad Iman Hakimi Abdullah, Muhammad Raqib Effendi dan Muhammad Syakir Jamal.
Untuk rekod, skuad sepak takraw SUKMA Melaka dibimbing Ketua Jurulatih, Khairul Anuar Ibrahim dan dibantu penolong jurulatih Ahmad Affenday Mohamed Sani, selain penolong pengurus pasukan Mohd Kamarudin Kasim yang juga Setiausaha Persatuan Sepak Takraw Melaka (PASTAM).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
CALON BELUM PASTI, KHIDMAT KEPADA RAKYAT TIDAK TERHENTI
SUNGAI RAMBAI 15 Oktober - Belum mengetahui sama ada bakal dipilih semula sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
USAHAWAN BEG PAKU MELAKA DISARAN TEROKA PASARAN ANTARABANGSA
AYER KEROH 15 Oktober - Usahawan beg paku di Melaka disaran meneroka pasaran antarabangsa termasuk Singapura dan Australia dengan memanfaatkan...
MAJIKAN DI MELAKA BOLEH JIMAT FCLB 80 PERATUS SABTU INI
AYER KEROH 15 Oktober - Majikan di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor berpeluang menikmati diskaun sehingga 80 peratus bagi Faedah...
PROJEK CENDAWAN KEM TERENDAK TERIMA PERUNTUKAN RM30,000
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Projek Urban Farming Cendawan yang sedang dilaksanakan di Kem Terendak menerima kelulusan peruntukan sebanyak RM30,000...
KEUNTUNGAN PERNAMA DIKEMBALIKAN KEPADA WARGA ATM
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Kementerian Pertahanan akan mengehadkan keuntungan Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) bagi memastikan manfaatnya dikembalikan kepada...
PERUNTUKAN PROGRAM EKONOMI MADANI ATM DITINGKATKAN KEPADA RM1.5 JUTA
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Kementerian Pertahanan (MINDEF) meningkatkan peruntukan Program Ekonomi MADANI Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada RM1 juta...
