
REMAJA LEMAS DI SUNGAI TENGAH DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan Fahril Zaquan Hasbullah, 16, ditemukan kira-kira 2.7 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang diaktifkan.
“Pihak kami menerima makluman awal mayat mangsa ditemukan orang awam. Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudian bergerak ke lokasi untuk membuat pengesahan,” menurut kenyataan itu.
Mangsa seterusnya dibawa ke jeti Masjid Kampung Tengah Sungai bagi proses pengecaman oleh keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Pada Jumaat lepas, operasi SAR dijalankan sejurus laporan diterima pada hari kejadian oleh JBPM Sarawak bersama agensi berkaitan.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang hanya memakai seluar panjang sedang bermain bersama seorang rakan di tebing sungai sebelum terjatuh ke dalam air.
Mangsa dilaporkan hanyut dibawa arus deras selepas gagal diselamatkan rakannya sebelum memaklumkan kejadian itu kepada penduduk setempat. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR ASAHAN: DEWAN TERBUKA ‘HADIAH’ 5 TAHUN PENANTIAN SMK SELANDAR
ASAHAN 10 April - Usaha berterusan pelbagai pihak lebih lima tahun lalu dalam memperjuangkan keperluan dan kemudahan di Sekolah Menengah...
PELUANG MILIKI RUMAH IDAMAN: MAPEX 2026 MELAKA TAWAR 3,118 UNIT HARTANAH SERENDAH RM70,000
KESIDANG 10 April – Ekspo Hartanah Melaka (MAPEX) Melaka 2026 menjadi platform terbaik untuk orang ramai memiliki kediaman pada harga...
TARIAN ZAPIN MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN BEMBAN
BEMBAN 10 April - Bukan sekadar jamuan Aidilfitri malah Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban turut...
SILK ROAD PASSION: HIMPUN 80 KARYA ARTIS MALAYSIA-CHINA
BANDA HILIR 10 April - Sebanyak 80 karya lukisan seni cat air hasil gabungan artis Malaysia dan China dipamerkan pada...
SENARAI ATLET MELAKA KE SUKMA XXII DIUMUM HUJUNG MEI
AYER KEROH 10 April - Senarai pendek atlet kontinjen Melaka ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 dijangka akan...
MASJID, SEKOLAH DUN KESIDANG TERIMA SUMBANGAN RM80,000
KESIDANG 10 April - Sebanyak RM80,000 disalurkan kepada masjid dan sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang sebagai usaha memperkasa...
