
Ribut: 12 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan
DURIAN TUNGGAL 22 Feb – Seramai 12 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka terjejas akibat ribut.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, susulan hujan lebat, angin kencang serta ribut malam tadi, satu PPS di Kampung Belimbing Dalam dibuka untuk menempatkan mangsa.
“Sehingga jam 12 tengah malam tadi seramai 12 mangsa daripada tiga keluarga berada di PPS selepas bumbung kediaman mereka tercabut selain tiada bekalan elektrik.
“Selain itu APM dimaklumkan kawasan yang terjejas membabitkan Kampung Belimbing Dalam dan Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam,” katanya.
Difahamkan, akibat ribut dan hujan lebat pada lewat petang Isnin, kira-kira 70 buah rumah di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah turut terjejas.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR BEMBAN: WARGA EMAS BERSYUKUR, TIDAK LAGI TAKUT DENGAR GURUH DI LANGIT
BEMBAN 2 Julai - Permohonan membaiki pulih kerosakan rumah yang dimohon bertahun dapat diselesaikan dalam tempoh segera memberi sinar baharu...
PENJAJA ‘EYE ON MELAKA’ KINI SELESA DI TEMPAT BAHARU
AYER KEROH 2 Julai - Penjaja sebelum ini mencari rezeki sekitar Eye On Melaka, memberikan maklum balas positif selepas memulakan...
JKKN SANTUNI MASYARAKAT MENERUSI PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA @KOMUNITI
AYER KEROH 1 Julai - Kampung Bukit Larang, Telok Mas dan Ayer Molek, menjadi dua kampung di negeri ini yang...
MBMB SAMBUT BAIK SARANAN KETUA MENTERI JAGA KEBAJIKAN PENJAJA, PENIAGA KECIL
AYER KEROH 1 Julai - Penjaja dan peniaga kecil di beberapa tapak perniagaan yang terjejas akibat kejadian ribut 28 Jun...
MPJ NOKTAHKAN PENANTIAN PEMOHON BANTUAN BAIK PULIH RUMAH
BEMBAN 1 Julai - Sebanyak empat kediaman selesai dibaik pulih oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menerusi inisiatif Baik Pulih Rumah...
PERSIAPAN WRUR DUN DUYONG SUDAH BERMULA
DUYONG 1 Julai - Persiapan untuk menjayakan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) sudah mula dilaksanakan oleh pihak Jeperun Dewan...