Sorting by

×

RINGANKAN BEBAN PESAKIT TERLANTAR, MELAKA SALUR HAMPIR RM11 JUTA

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 13 Julai – Hampir RM11 juta disalurkan Kerajaan Negeri bagi meringankan beban kewangan keluarga dan pesakit terlantar setakat Januari hingga Jun 2026.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, di bawah Skim Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sejumlah RM7.9 juta telah diperuntukkan.

“Setakat Januari 2026, skim ini telah memberi manfaat kepada 2,856 penerima di seluruh Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Tuminah Kadi @ Mohd Hashim (BN – Pantai Kundor) mengenai kemudahan katil pesakit terlantar pada Persidangan Kedua, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Kalsom memaklumkan, di bawah gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa), Kerajaan Negeri turut membelanjakan RM3.08 juta bagi dua inisiatif bersasar untuk pesakit terlantar.

Jelas beliau, inisiatif itu berupa Bantuan MeSRa Lampin Pakai Buang Dewasa dan Bantuan MeSRa Susu Orang Terlantar.

“Berdasarkan statistik JKM sehingga Jun tahun ini, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM3.08 Juta yang memberi manfaat 3,345 orang pesakit  terlantar di seluruh Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

754
Kongsi :
Previous post MELAKA REKOD LEBIH 15,000 PENUMPANG UDARA SETAKAT JUN
Next post PETANI, PENTERNAK TERJEJAS BANJIR DIMINTA LAPOR KEROSAKAN