RM170 juta disalurkan kepada 8,000 agropreneur muda

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

SUNGAI RAMBAI 17 November – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyalurkan pembiayaan berjumlah RM 170.82 juta kepada lebih 8,000 penerima menerusi program Agropreneur Muda di seluruh negara.

Timbalan Menteri MAFI 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata dana disalurkan adalah bagi tempoh Januari 2016 hingga November tahun ini

Katanya, penerima geran paling tinggi adalah pengusaha tanaman iaitu seramai 3,158 petani yang membabitkan pembiayaan berjumlah RM55.66 juta, sementara itu RM45.12 juta lagi disalurkan kepada 2,772 pengusaha makanan dan asas tani

“Bagi sektor ternakan pula seramai 1,601 individu layak menerima geran agropreneur muda melibatkan pembiayaan RM33.16 juta manakala sektor perikanan seramai 669 penerima dengan jumlah geran bernilai RM13.73.

“Menerusi data-data ini, kita dapat lihat, sebenarnya golongan muda ramai berminat dengan pertanian. Orang muda sekarang ini juga sudah mula mengaplikasikan penggunakan teknologi dalam bidang pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media selepas menyampaikan Geran Agropreneur Muda dan Insentif kepada penerima Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) di Kawasan RnR Sungai Rambai, di sini, hari ini.

Ahmad berkata, bagi Negeri Melaka seramai 26 penerima geran agropreneur muda direkodkan untuk tahun 2022 dengan pembiayaan bernilai lebih RM519,000.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2812
Kongsi :
Previous post PM arah semua agensi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana siap sedia hadapi bencana
Next post Pengundi muda pilih calon muda
Ubah saiz-+=