RM3 juta pastikan masjid, surau dalam keadaan baik

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BUKIT BARU 9 Mei – Sejumlah RM3 juta diperuntukkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sepanjang tahun lalu bagi melaksanakan kerja pembaikan di seluruh institusi berkaitan agama Islam di negeri ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, peruntukan berkenaan diguna untuk memastikan kemudahan dan keadaan masjid, surau dan sekolah sentiasa dalam keadaan baik serta memuaskan.

“Bagi tahun ini jumlah peruntukan itu dikekalkan RM3 juta dan setakat Mei sejumlah RM560,000 sudah diluluskan untuk disalurkan kepada 21 institusi seluruh Melaka.

“Masjid menerima peruntukan tertinggi dengan RM340,000 bagi pembaikan lima buah masjid, diikuti surau sejumlah RM180,000 membabitkan 13 buah surau dan RM30,000 untuk kerja pembaikan dua buah surau sekolah serta RM10,000 diberikan kepada pihak pengurusan sebuah tanah perkuburan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan Sumbangan Pembaikan Dan Pembinaan Masjid, Surau Negeri Melaka BIL 1/2024 di Dataran Pusat Islam Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama menyaksikan penyerahan itu Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad dan Pengurus Baitulmal MAIM, Muhammad Hairulamin Mohd Sis.

Rahmad yang juga Timbalan Pengerusi MAIM berkata, Kerajaan Negeri menerusi MAIM sentiasa peka terhadap kualiti infrastruktur serta fasiliti di kesemua institusi agama Islam di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

178
Kongsi :
Previous post Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei – KPM
Next post 12 jabatan, agensi jayakan Rumah Terbuka Aidilfitri MAIM
Ubah saiz-+=