
RM30,000 lebur, penuntut universiti ditipu ‘pegawai LHDN’
SEREMBAN, 23 Feb – Seorang penuntut universiti mendakwa mengalami kerugian lebih RM30,000 kerana ditipu individu menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam kejadian di Rompin dekat sini, tiga hari lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian kira-kira pada 1.13 petang, lelaki berusia 21 tahun itu dipercayai menerima panggilan menyatakan dia mempunyai tunggakan bagi syarikat yang didaftar atas namanya sedangkan tidak mempunyai sebarang syarikat.
“Pegawai tersebut meminta mangsa memberikan nombor akaun bertujuan menyekat akaun bank untuk siasatan, mangsa yang terpedaya telah mengikut arahan individu itu dan menyerahkan nombor akaunnya.
“Bagaimanapun, mangsa berasa curiga dan selepas menyemak akaunnya dia mendapati ada transaksi pengeluaran wang daripada akaun miliknya ke dua akaun yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM32,450,” katanya dalam kenyataan di sini hari inI.
Beliau berkata mangsa yang merasa diperdaya kemudiannya membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MPAG KONGSI REZEKI RAMADAN
REMBIA 4 Mac – Keprihatinan terhadap masyarakat setempat terus dizahirkan apabila sebanyak 1,200 bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai di...
MELAKA PERUNTUK RM78.67 JUTA UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT
KLEBANG 4 Mac - Peruntukan kebajikan rakyat Melaka terus meningkat saban tahun, sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri menghulur tangan...
LEBIH 3,000 MERIAHKAN TAHUN BAHARU CINA BERKONSEP MELAKA SAYANG RAKYAT
KLEBANG 4 Mac - Lebih 3,000 masyarakat berbilang kaum memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat Negeri Melaka...
PERPADUAN ASAS ‘KELUARGA BESAR MELAKA’
KLEBANG 4 Mac - Melaka terus menjadi contoh terbaik sebagai negeri yang memiliki perpaduan dan keharmonian yang utuh apabila sesebuah...
MAIM SALUR RM450,000 BANTU USAHAWAN ASNAF BERSINAR
SERKAM 3 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited dalam membantu usahawan asnaf menerusi Dana Bantuan Perniagaan berjumlah...
MPHTJ BAWA KELAINAN RAMADAN, EDAR 2,000 BUBUR KACANG, PULUT HITAM
AYER KEROH 3 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengagihkan sebanyak 2,000 bekas bubur kacang dan bubur pulut...

