Sorting by

×

RUMAH TERBUKA AYER MOLEK BAWA KELAINAN, JELAJAH 6 KAMPUNG

Masa Membaca:57 Saat

AYER MOLEK 30 Mac – Walaupun tidak dianjurkan dalam skala besar, namun Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek tetap berlangsung meriah dengan kelainan yang tersendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman berkata, kelainan itu adalah, penganjuran rumah terbuka kali ini tidak lagi dianjurkan di satu lokasi khusus sahaja.

Sebaliknya, jelas beliau, ia akan berlangsung di enam kampung, dengan acara kemuncaknya adalah di Kampung Paya Dalam pada 17 April.

“Jika sebelum ini hanya di satu lokasi khas, kali ini saya mahu memeriahkan sambutan di enam kampung supaya lebih ramai orang ramai orang kampung dapat merasai kemeriahan Aidilfitri di Ayer Molek.

“Namun, acara kemuncak kita adalah pada 17 April di Kampung Paya Dalam, di mana ia akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Rahmad yang juga Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri memaklumkan, antara keunikan yang akan dibawa pada kemuncak Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Ayer Molek adalah mengetengahkan pelbagai juadah makanan komuniti jawa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

493
Kongsi :
Previous post RM37.5 JUTA BAIK PULIH JALAN, LONGKANG DI MELAKA
Next post SUSPEK AKTIF PECAH RUMAH DIBERKAS DI PAGI RAYA