Sorting by

×

RUMAH TERBUKA DUN TABOH NANING TERJEMAHAN MELAKA SAYANG RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

TABOH NANING 30 Mac – Bukan sekadar berkumpul untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri, sebaliknya penganjuran Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning dianggap sebagai satu bentuk inisiatif berkesan dalam menyuburkan lagi perpaduan di Melaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, penganjuran jamuan seumpama itu juga menyemarakkan lagi perasaan kekitaan dan selaras dengan gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa).

Zulkiflee yang juga Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, semangat perpaduan dapat dilihat menerusi kehadiran tetamu pelbagai latar belakang yang bersama-sama meraikan kemeriahan Aidilfitri.

“Melayu, Cina India dan masyarakat Orang Asli tidak kekok atau berasa asing untuk bersama-sama meraikan kemeriahan Aidilfitri, hasil perpaduan yang terus subur semua kaum boleh duduk semeja menikmati hidangan yang disediakan.

“Malah proses menyediakan kari lembu yang juga menu utama jamuan ini turut dibantu Jawatankuasa dalam kalangan orang bukan Melayu,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan yang berlangsung di Kompleks Japerun Taboh Naning, di sini, semalam.

Kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abdul Rahman melengkapkan penganjuran jamuan berkenaan.

Tidak ketinggalan hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Speaker DUN Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad.

Yang turut hadir Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin, barisan Exco, Timbalan Exco, Ketua jabatan serta agensi Kerajaan Negeri Melaka.

Beliau yang juga mesra dengan panggilan Acik Zul berkata, MeSRa bukan sekadar slogan yang mekar di bibir sebaliknya semakin dihayati rakyat Melaka.

“Selepas empat tahun bergelar Adun saya melihat perpaduan rakyat Melaka semakin subur, ini adalah hasil inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri, tumpuan bukan sahaja kepada pembangunan ekonomi tetamu pembangunan sosial yang menyatukan rakyat bawah satu bumbung,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

409
Kongsi :
Previous post GULAI KAWAH MENU ISTIMEWA RUMAH TERBUKA ‘ACIK ZUL’
Next post MELAKA SAYANG RAKYAT DIRASAI DI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI LENDU