Sorting by

×

Rumah Terbuka MHI meriah!

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 26 Mei – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Hari Ini (MHI) berlangsung meriah dengan kira-kira 300 jemputan menghadiri majlis berkenaan yang diadakan di Rumah Media Melaka, di sini, hari ini.

Pelbagai menu menarik disediakan seperti nasi beriyani, oden, lemang, rendang, sate, kambing golek, mee kari, cucur udang, kuetiau, air Boba dan banyak lagi.

Tetamu yang hadir juga diserikan dengan persembahan nyanyian menerusi pertandingan karaoke yang disertai kakitangan MHI melibatkan bahagian Editorial, Unit Pemasaran, IT, Media Sosial dan Melaka TV.

Turut diadakan pertandingan ‘food station’ paling menarik yang disertai setiap unit Melaka Hari Ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Hari Ini (MHI) Datuk Seri Abdul Jalil Hamid bergambar kenangan bersama kakitangan MHI sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Hari Ini (MHI), Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Tempat pertama dimenangi oleh unit Editorial, diikuti tempat kedua dan ketiga menjadi milik unit Media Sosial dan Melaka TV.

Majlis rumah terbuka tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning merangkap Ahli Lembaga Pengarah MHI Zulkiflee Mohd Zin; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Shukri Che Mat, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Nasharuddin Muhammad dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1556
Kongsi :
Previous post Mansuh AP kawal ‘orang tengah’ monopoli harga makanan asas – Mohd Ridhwan
Next post Cacar Monyet: Melaka cadang KKM laksana saringan di semua pintu masuk negara
Ubah saiz-+=