
Saringan di PMA antara tindakan awal sekat penularan Covid-19
AYER KEROH 22 Julai – Aktiviti saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) merupakan antara langkah awal dilakukan kerajaan negeri menyekat penularan Covid-19 sejak Mac lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah, Rahmad Mariman berkata, menerusi aktiviti terbabit kerajaan negeri, melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka telah menjalankan ujian saringan demam buat semua penumpang dan krew yang memasuki Melaka melalui PMA.
Katanya, rujukan segera menggunakan ambulan khas bagi mereka yang disyaki berisiko menghidapi Covid-19 telah disediakan di pintu masuk tersebut.
“Pemberian Health Alert Card (HAC) kepada individu dari negara berisiko turut dilaksanakan.
“Malah, edaran panduan berkaitan saringan kesihatan harian dan pendidikan kesihatan pencegahan jangkitan kepada semua pihak dan orang awam turut diagihkan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan Datuk Tey Kok Kiew (DAP-Bandar Hilir) mengenai usaha kerajaan negeri dalam mengatasi pandemik terbabit pada hari ketiga Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR DUN ASAHAN TERIMA 154 ADUAN, 600 PERMOHONAN RAKYAT
ASAHAN 4 April – Sebanyak 154 aduan dan lebih 600 permohonan diterima dalam program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
ASAHAN MAMPU JADI MODEL KAMPUNG SEJAHTERA
ASAHAN 4 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan mampu menjadi modek Kampung Sejahtera di Negeri Melaka, kata Ketua Menteri...
PENDUDUK ASAHAN NIKMATI PELBAGAI LIMPAHAN NIKMAT DALAM 3 TAHUN
ASAHAN 4 April - Dalam tempoh tiga tahun ini, penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan telah mendapat pelbagai nikmat pembangunan...
WAJAH BAHARU WRUR 2026 BUKA TIRAI DI ALOR GAJAH
ASAHAN 4 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang diberi nafas baharu pada tahun 2026 ini membuka tirainya...
MELAKA TIDAK LAKSANA BEKERJA DARI RUMAH
ASAHAN 4 April - Kerajaan Melaka mengambil keputusan untuk tidak melaksanakan dasar bekerja dari rumah membabitkan penjawat awam negeri. Ketua...
PAMERAN WANG LAMA HIMPUN KOLEKSI UNIK
BANDA HILIR 4 April – Pameran Wang Lama dan Setem menghimpunkan lapan pengumpul mata wang lama sekali gus mendidik masyarakat...
