“Saya pulangkan kepada rakyat untuk menilai” – Mas Ermieyati

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

TANJUNG BIDARA 8 Nov – Calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin menyerahkan keputusan kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang layak memimpin Melaka di masa akan datang.

Beliau berkata penjelasan itu dibuat mengikut kepada segala komitmen yang telah beliau lakukan sepanjang dua penggal menjadi Ahli Parlimen.

“Saya mengakui cabaran kali ini begitu kuat memandangkan kawasan ini (Tanjung Bidara) merupakan kubu kuat bagi Barisan Nasional (BN).

“Saya pulangkan semua kepada rakyat biar rakyat tentukan, pengundi tentukan biarpun ada cakap berdasarkan parti, calon dan sebagainya. Ini berdasarkan kepada komitmen dan prestasi saya sepanjang dua penggal sebagai ahli parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Perikatan Nasional (PN) Tanjung Bidara selepas proses penamaan calon di Dewan Kompleks Japerun Tanjung Bidara, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata akan mempersembahkan komitmen terbaik kepada pengundi kawasan itu dengan tidak meletakkan ianya sebagai manifesto.

“Saya lebih berminat untuk menggunakan pendekatan ‘komitmen’ berbanding manifesto bagi memikat hati pengundi berdasarkan pengalaman selama dua penggal sebagai ahli parlimen kawasan ini.

“Semua calon mempunyai peluang untuk menang, namun sudah tentu dalam tempoh berkempen ini, kelebihan akan diberikan kepada calon yang pernah menyertai pentas pilihan raya memandangkan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang agak ketat.

“Apa yang saya boleh uar-uarkan komitmen dan prestasi saya sepanjang dua penggal sebagai Ahli Parlimen kawasan ini,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1304
Kongsi :
Previous post Sah, enam penjuru di Asahan
Next post 112 calon bertanding PRN Melaka
Ubah saiz-+=