Saya tetap akan berjumpa rakyat – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

DURIAN DAUN 12 Nov. – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sedaya upaya akan berjumpa pengundi seramai mungkin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) Lendu berkata, perkara itu bagi memastikan penyampaian maklumat mampu dicapai kepada semua rakyat di kawasannya terutama yang kurang menerima capaian internet.

“Saya akan terus berjumpa pengundi seramai boleh, saya ada lebih kurang 10,300 kalau boleh saya mahu jumpa pengundi seramai boleh supaya mereka boleh saja tanya apa soalan yang ingin ditanyakan kepada saya dan saya boleh menjelaskan dengan lebih lanjut. Itu lebih senang.

“Kepada golongan muda, ‘yes’ (kempen boleh dijalankan) secara maya dan sebagainya, tetapi ada tapi ada juga sesetengah golongan, (termasuk) orang muda pun tidak ada ‘smart phone’, kemudahan tu takda, capai capaian internet kadang-kadang tak sampai di sesuatu kawasan dan (terutama) kawasan-kawasn pedalaman dan sebagainya.

“Saya akan terus turun ke bawah cari pengundi-pengundi untuk sampaikan maklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Solat Jumaat di Masjid Salmah Khamis, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberi pesanan kepada calon-calon dari parti lain yang turut bertanding di kawasan itu agar perlu menumpukan isu masyarakat Lendu sekiranya diberikan mandat dalam pilihan raya itu.

“Saya bertanya kepada calon muda bahawa ia merupakan tugas lebih besar selepas ni kalau diberikan mandat.

“Banyak kerja yang perlu dilaksanakan dan perlu beri perkhidmatan terbaik kepada masyarakat sebab ‘you’ (calon) orang muda lagi perlu beri perkhdmatan (kerana) pelbagai ‘background’ dan pendidikan, you mesti lebih kuat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

550
Kongsi :
Previous post PRN Sarawak: SPR akan umum tarikh penamaan, undi pada 24 Nov
Next post ‘Bossku’ santuni penduduk Kampung Balik Batu
Ubah saiz-+=