
SENARAI PEMAIN MELAKA FC AKAN DIMUKTAMADKAN HUJUNG BULAN INI – NUR AZMI
Pemilik pasukan Datuk Wira Nur Azmi Ahmad berkata senarai berkenaan termasuklah sekurang-kurangnya tiga pemain pinjaman daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), di samping 12 pemain sedia ada bagi membentuk pasukan mantap.
“Kita sudah pun memulakan temu duga dan pemilihan pemain luar, jadi ia akan dimuktamadkan sebelum akhir Mei kerana latihan dijangkakan bermula pada penghujung bulan ini.
“Dari segi teknikal pula, kita sebenarnya sudah siap sedia, malah mencapai tahap 90 peratus termasuk barisan kejurulatihan, seperti jurulatih K. Devan bersama-sama Asri Ninggal dan Mazlan Wahid memang dikekalkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkannya di sini malam tadi.
Melaka FC mempamerkan prestasi terbaik dalam saingan Liga Malaysia apabila muncul juara Liga A1 Semi Pro musim 2024/2025 sekali gus menyaksikan arena bola sepak Melaka dijangka kembali meriah tahun ini dengan sorakan peminat tempatan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PARAS 3 EMPANGAN MELAKA MASIH STABIL, BELUM ADA KEPERLUAN CATU AIR
DURIAN TUNGGAL 9 Februari - Kerajaan Negeri beri jaminan bahawa bekalan air di seluruh negeri ini berada di tahap selamat...
KONGSI BERSAMA RAKYAT SELAGI ADA REZEKI – TOK RAOP
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Jumlah bantuan kepada rakyat Negeri Melaka bagi tahun ini dinaikkan kepada RM168.8 juta berbanding RM164...
BIARLAH SUMBANGAN INI MEMBAWA SENYUMAN – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Selepas hampir dua dekad Kerajaan Negeri masih meneruskan inisiatif sumbangan perayaan, sekali gus membuktikan nilai...
SLOGAN MESRA BUKAN SEKADAR ATAS KAIN RENTANG
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Menjaga kebajikan rakyat bukan hanya slogan semata-mata, tetapi bagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MBMB PANTAU ISU PARKIR BAZAR AIDILFITRI
AYER KEROH 9 Februari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mempertingkat pemantauan pengurusan parkir kenderaan di kawasan Bazar Aidilfitri...
MELAKA ANGKAT ‘IDEA BERANI’ ANAK MUDA – KM
BANDA HILIR 9 Februari - Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan idea anak muda sebagai penanda aras kepada lebih banyak program riadah...
