
SENARAI PEMAIN MELAKA FC AKAN DIMUKTAMADKAN HUJUNG BULAN INI – NUR AZMI
Pemilik pasukan Datuk Wira Nur Azmi Ahmad berkata senarai berkenaan termasuklah sekurang-kurangnya tiga pemain pinjaman daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), di samping 12 pemain sedia ada bagi membentuk pasukan mantap.
“Kita sudah pun memulakan temu duga dan pemilihan pemain luar, jadi ia akan dimuktamadkan sebelum akhir Mei kerana latihan dijangkakan bermula pada penghujung bulan ini.
“Dari segi teknikal pula, kita sebenarnya sudah siap sedia, malah mencapai tahap 90 peratus termasuk barisan kejurulatihan, seperti jurulatih K. Devan bersama-sama Asri Ninggal dan Mazlan Wahid memang dikekalkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkannya di sini malam tadi.
Melaka FC mempamerkan prestasi terbaik dalam saingan Liga Malaysia apabila muncul juara Liga A1 Semi Pro musim 2024/2025 sekali gus menyaksikan arena bola sepak Melaka dijangka kembali meriah tahun ini dengan sorakan peminat tempatan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI, SAHABAT PELANCONGAN ‘MEREWANG’ MASAK BUBUR LAMBUK
BANDA HILIR 6 Mac - Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) bersama Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA) serta beberapa agensi berkaitan...
CMI AGIH BUBUR LAMBUK TANDA INGATAN RAMADAN
AYER KEROH 6 Mac - Semangat berkongsi rezeki sempena Ramadan terus disemarakkan Perbadanan Ketua Menteri (CMI) menerusi program memasak dan...
DIDIK MASYARAKAT KURANGKAN BEG PLASTIK DI PASAR RAMADAN
AYER KEROH 6 Mac - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka terus komited mendidik masyarakat lebih...
MELAKA BAKAL JADI DESTINASI UTAMA PAKEJ PELANCONGAN JERMAN, EROPAH
AYER KEROH 6 Mac - Melaka bakal menjadi antara destinasi utama pakej pelancongan Jerman dan Eropah selepas beberapa kerjasama strategik...
PPR KLEBANG SIAP TAHUN INI
KLEBANG 6 Mac - Program Residensi Rakyat (PRR) atau dahulu dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat (PPR) Klebang dijangka siap sepenuhnya...
JUALAN RAHMAH BERGERAK RINGANKAN BEBAN PERBELANJAAN RAKYAT
KESIDANG 6 Mac - Penganjuran 91 Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) bergerak sepanjang Ramadan di seluruh Melaka membantu memudahkan rakyat...
