Sepak Takraw Piala Tun Ali jadi acara tahunan setiap Ogos

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

BANDAR MELAKA 21 Ogos – Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2022 bakal menjadi acara tahunan sekali gus menjadi medan memperluaskan sukan itu ke peringkat yang lebih tinggi.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, selain menampilkan pasukan negeri, pihaknya bercadang untuk menjadikan acara itu sebagai acara di peringkat antarabangsa.

Katanya, kejohanan itu juga akan diadakan pada bulan Ogos sempena kelahiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

“Pada tahun hadapan kita akan anjurkan kejohanan sama, kita akan tambah baik dari apa yang kita laksanakan dalam penganjuran sulung kali ini.

“Malah kerajaan negeri juga bersetuju untuk kita adakan sebagai acara bagi menyambut ulang tahun Tun Mohd Ali pada bulan Ogos.

“Untuk tahun hadapan kita akan laksanakan persediaan awal untuk kita tambah baik dengan mencari penaja yang sesuai dan ini merupakan pembaharuan kita untuk kita cuba laksanakan ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2022 di Dewan Bola Keranjang, Bukit Serindit, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, PSM kini sedang mengorak langkah bagi memastikan sukan sepak takraw terus diangkat ke peringkat yang lebih tinggi hasil gabungan penyertaan atlet muda dan senior di negara ini.

“Ini gelombang baharu kita dalam negara selepas kita melihat perkembangan positif dalam kejohanan sepak takraw dan kita harap ia akan lebih maju dan cemerlang, katanya.

Terdahulu, pada aksi final kejohanan itu, pasukan Johor dinobatkan sebagai Johan acara regu sekali gus membawa pulang hadiah RM10,000 berserta piala iringan dan medal yang disampaikan Tun Mohd Ali.

Acara beregu (double) pula diungguli Perak yang membawa pulang RM8,000 beserta piala dan medal.

Naib johan bagi kedua-dua acara disandang pasukan tuan rumah, Melaka untuk membawa pulang RM4,000 dan RM5,000 bagi acara beregu dan regu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2543
Kongsi :
Previous post Keluar kata kesat: Pegawai Imigresen ditukar bahagian, disiasat integriti
Next post Kaji hukuman alternatif ganti sebatan
Ubah saiz-+=