
Seramai 214 asnaf miskin bakal terima sumbangan, esok
AYER KEROH 28 Okt. – Seramai 214 asnaf fakir miskin yang terkesan akibat pandemik COVID-19 bakal menerima sumbangan disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali esok.
Kesemua penerima itu akan menerima sumbangan menerusi Program Ziarah Kasih Prihatin sempena Sambutan Maulidur Rasul.
Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Md Azhan Samat, program tersebut akan dirasmikan Ketua Menteri pada jam 8.30 pagi.
“Program ini bukan dalam skala besar, cuma ada ‘flag off’ jam 8.30 pagi oleh Ketua Menteri di Lobi Pusat Islam Melaka, kemudiannya kakitangan JAIM terus bergerak ke rumah penerima sumbangan.
“Petugas-petugas JAIM akan agihkan sumbangan kepada asnaf tersebut, kita pilih asnaf yang betul-betul terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya ketika dihubungi MHI.
Katanya, kesemua penerima sumbangan diberikan barangan keperluan harian serta sedikit wang tunai.
“Kebetulan kita juga dapat sumbangan makanan daripada ‘KSR’ dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sumbangan wang tunai, hasilnya kita gabungkan dengan JAIM untuk beli makanan,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR KESIDANG: MPHTJ BAIK PULIH RUMAH PESAKIT DIALISIS
KESIDANG 11 Jun - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) komited meneruskan hasratnya membantu golongan memerlukan menerusi pelaksanaan program kerja-kerja...
HARI KESIHATAN DUN KESIDANG MERIAH
KESIDANG 11 Jun - Pelbagai inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan lagi tahap kesedaran orang ramai berhubung kepentingan penjagaan kesihatan,...
KPDN MELAKA TUMPASKAN ‘PORT’ SIMPAN, JUAL DIESEL HARAM
PAYA RUMPUT 11 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka berjaya membongkar kegiatan penyelewengan minyak...
JAMU MATA, JAMU SELERA DI KEDAI ROTI CANAI MEZAN
KESIDANG 11 Jun - Bukan sekadar menjamah roti canai sambil menghirup teh tarik panas, malah pelanggan tempatan dan antarabangsa juga...
HOTEL MITC RAI 37 MURID PPKI SK KRUBONG 2
AYER KEROH 11 Jun - MITC Hotel meraikan 37 murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menerusi Majlis Sambutan Hari Lahir...
UNIMEL, ALAM BAKAL TAWAR ‘DOUBLE DEGREE’
KUALA LINGGI 11 Jun - Universiti Islam Melaka (UNIMEL) komited untuk menjayakan kerjasama bidang akademik bersama Akademi Laut Malaysia (ALAM)...

