KM perhalusi cadangan pusat sehenti PENDIKA

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 29 Okt – Bagi memperkasakan peranan media, Rumah Media, di sini dicadangkan untuk dijadikan sebagai pusat sehenti media di negeri ini.

Pengerusi Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA), Amir Mamat berkata cadangan pusat sehenti itu dijangka mampu menjadi platform untuk pengamal media di negeri ini membantu kerajaan negeri dalam menyampaikan dasar kepada rakyat.

Katanya, perkara itu merupakan antara intipati yang dibincangkan dalam kunjungan hormat PENDIKA ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, di kediamannya di Seri Bendahara, malam tadi.

“Berdasarkan usul awal yang disampaikan, Datuk Seri memaklumkan beliau akan mempertimbangkan pejabat untuk PENDIKA menjalankan aktiviti bagi memudahkan pengamal media di sini menyampaikan maklumat kepada rakyat.

“Malah, cadangan untuk mewujudkan pusat operasi itu turut disambut baik oleh beliau dan berharap pengamal media dapat menjadi ‘lidah’ kerajaan dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat,” katanya.

Turut hadir dalam kunjungan hormat Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Nasharuddin Muhammad; Timbalan Pengerusi PENDIKA, Baharudin Mohamed.

Hadir sama, Ketua Editor Melaka Hari Ini (MHI), Muhd Rizanizam Abdul Hamid serta wakil agensi media yang lain.

Amir berkata, Ketua Menteri turut mengharapkan supaya hubungan baik antara media dan kerajaan negeri dapat diteruskan dalam jangka masa panjang.

Untuk rekod, Rumah Media ditubuhkan pada awal tahun 2000 ketika Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam menjadi Ketua Menteri kesembilan.

Views:

307
Kongsi :
Previous post Seramai 214 asnaf miskin bakal terima sumbangan, esok
Next post Sukarelawan Melaka diperlukan bantu petugas kesihatan
Ubah saiz-+=