Sukarelawan Melaka diperlukan bantu petugas kesihatan

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 29 Okt. – Sukarelawan tidak kiralah dari orang perseorangan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) diseru untuk membantu petugas kesihatan di negeri dan negara ini bagi menangani kes COVID-19 yang semakin meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, sukarelawan itu bagaimanapun perlulah mempunyai kepakaran dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

“Kepakaran kesihatan itu adalah antara syarat wajib yang ditetapkan. Memang ada yang mohon sebelum ini, tetapi fokus utama kita adalah untuk mereka yang mempunyai kepakaran dari segi perubatan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sekiranya ada di antara NGO tanpa kepakaran dalam bidang kesihatan yang masih berminat untuk membantu, pihaknya masih mengalu-alukan.

Bagaimanapun, jelasnya, bantuan yang boleh diberikan ialah membantu individu yang sedang menjalani kuarantin 14 hari di rumah yang mungkin terputus bekalan makanan kerana tidak dibenarkan keluar dari rumah.

“Kalau ingin membantu, bantulah mereka yang terkesan dan sedang kuarantin di rumah. Mungkin ada di antara mereka yang terputus bekalan makanan. Jadi, mereka ini perlu dibantu agar tidak berlaku seperti kejadian seorang pakcik di Semporna, Sabah, baru-baru ini.

“Seperti pagi tadi, saya sempat juga membantu satu keluarga dari Ayer Molek yang dikuarantin kerana merupakan kontak rapat daripada kes sebelum ini. Jadi, mereka-mereka ini perlu kita bantu,” katanya lagi.

Views:

320
Kongsi :
Previous post KM perhalusi cadangan pusat sehenti PENDIKA
Next post Koridor Ayer Keroh perkasa sektor pelancongan
Ubah saiz-+=