
Sidang DUN Melaka diteruskan esok
DURIAN TUNGGAL 27 Feb – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 akan diadakan seperti biasa bermula esok.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata ia akan dijalankan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.
“Sidang DUN jalan seperti biasa dan mengikut jadual yang ditetapkan, jika ada sebarang perubahan kita akan maklumkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Penanaman Pokok ‘Petronas Walk4trees’ di Kampung Ayer Pasir, di sini tengah hari tadi.

Terdahulu pelaksanaan persidangan sebelum ini dipendekkan daripada empat hari kepada satu hari susulan beberapa Ahli DUN, selain ada yang menjadi kontak rapat pasangan serta pegawai masing-masing
Bagaimanapun, perkara sama turut berlaku apabila salah seorang Ahli DUN disahkan positif COVID-19 malah ada kalangan ahli persidangan turut menjadi kontak rapat dan diarahkan menjalani perintah kuarantin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BERI INSENTIF KEPADA 1,300 PENIAGA TERJEJAS RIBUT
AYER KEROH 30 Jun - Prihatin dengan nasib peniaga yang terkesan akibat ribut yang melanda baru-baru ini, Kerajaan Negeri menerusi...
BISTARI JADIKAN WRUR PLATFORM SANTUNI RAKYAT
BEMBAN 30 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) menjadi platform kepada Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri...
KINI LEBIH MUDAH SEMAK TASKA BERDAFTAR DI MELAKA
BEMBAN 30 Jun - Sebanyak 150 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka direkodkan telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)...
WARKAH SEJARAH BAHARU PANGLIMA AWANG AKAN DIBENTANGKAN PADA WTD 2025
KUALA LUMPUR 30 Jun - Inisiatif Kerajaan Negeri menjalankan kajian dan penyelidikan sejarah di luar negara telah membongkarkan satu dapatan...
HAMPIR 255,000 MANUSKRIP BERKAITAN MELAYU, MELAKA TERSIMPAN DI BELANDA
KUALA LUMPUR 30 Jun - Dianggarkan hampir 255,000 manuskrip dan artikel berkaitan Melayu dan Melaka sejak ratusan tahun dahulu masih...
37 KAMPUNG DI BEMBAN DAPAT ALAMAT BAHARU, DILENGKAPI KOD QR
BEMBAN 30 Jun - Sebanyak 37 buah kampung tradisional dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban akan ditransformasikan kepada Kampung...