WhatsApp Image 2022-07-15 at 1.32.27 PM

Sita 850 bungkus minyak peket kurang 1kg

KESIDANG 15 Julai – Padah mengurangkan isipadu minyak masak peket kurang dari sekilogram 50 kotak minyak keluaran sebuah kilang negeri ini dipercayai untuk pasaran dalam negeri disita.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka Norena Jaafar berkata pihaknya membuat pemeriksaan mengejut terhadap kilang terbabit pada jam 3 petang semalam mendapati isipadu minyak paket subsidi yang dibungkus kilang berkenaan kurang daripada satu kilogram.

Katanya, berikutan itu kesemua 850 bungkus minyak masak peket bersubsidi itu dirampas.

“Kita mengesan berat setiap peket kurang antara 20 hingga 100 gram ketika ditimbang secara rawak oleh pihak penguatkuasa.

“Dalam satu kotak, kebiasaannya ada 17 peket minyak seberat satu kilogram ini, dan apabila kita buat timbangan setiap pek minyak masak itu didapati berat 0.92 gram, 0.93 gram.

“Sepatutnya, berat minyak masak peket ini jika ditimbang perlu melebihi satu kilogram seperti 1.001 kg atau 1.10 kg keatas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat pemeriksaan mengejut terhadap pengeluar minyak masak peket di sekitar Daerah Melaka Tengah hari ini.

NORENA

Hadir sama, EXCO Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwan Pengguna Ngwe Hee Sem yang mengetuai pemeriksaan mengejut itu.

Mengulas lanjut, Norena turut memaklumkan pihak kilang terbabit turut memberi alasan kononnya alat timbangan mengalami masalah antara punca berat minyak masa peket itu kurang dari sekilogram.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 5(1)(B) Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM 500,000.

“Daripada 12 kilang pengeluar minyak masak peket yang ada di Melaka, lapan daripadanya telah diperiksa sejak 1 Julai lalu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

61
WhatsApp Image 2022-07-15 at 11.58.44 AM Previous post Tajuk-tajuk Utama Akhbar – Jumaat, 15 Julai 2022
radzi jidin Next post Keputusan penempatan 2,611 guru kontrak perkhidmatan dikeluarkan 3 petang hari ini