Smart Child Car Seat UTeM, tingkat tahap keselamatan kanak-kanak

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

DURIAN TUNGGAL 30 Dis – Penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membangunkan ‘Smart Child Car Seat with Ambient Monitoring System’ bagi membantu sistem keselamatan tempat duduk kanank-kanak di dalam kenderaan.

Smart Child Car Seat ini disambungkan dengan pelbagai penderia (sensor) bagi memantau keadaan di dalam kenderaan dan turut dilengkapi dengan aplikasi khas yang akan menghantar notifikasi di telefon pintar pengguna.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Ir Dr Ghazali Omar berkata ia dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti pengesan suhu, tahap karbon dioksida dan juga alkohol.

“Malah melalui aplikasi ini juga pengguna dapat mengesan lokasi kenderaan masing-masing kerana ia turut didatangkan bersama GPS tracker.

“Kejayaan penyelidik UTeM membangunkan sistem ini membuktikan bahawa UTeM punyai pakej kemahiran dan kompetensi tinggi dalam bidang mereka pelajari selari dengan keperluan Revolusi Industri 4.0,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Projek itu melibatkan Pengurus Penyelidik yang merupakan Jurutera Pengajar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE), Kamilah Jaffar bersama Nurul Kausar Ab Majid, Amalia Aida Abd Halim dan Rohaina Binti Jaafar yang juga Jurutera Pengajar (FTKEE) serta berperanan sebagai Pembantu penyelidik.

Turut terlibat empat pelajar tahun empat dari kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik iaitu Tan Kim Loong, Syukur Samsudin, Muhamad Hilmi Hasnan, Muhammad Saudi Lai Mohd Fikri dan pelajar tahun tiga dari kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri), Hadirah Zaharuddin.

Sementara itu, Kamilah berkata projek itu dibangunkan pada Julai 2021 dan siap pada 2 Dis lalu dan pihaknya telah membuat pembentangan serta mendapatkan khidmat nasihat dari pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka.

“Hasil pembentangan itu, JPJ menyatakan projek ini dapat meningkatkan tahap keselamatan penggunaan kenderaan dan terpilih dalam top 5 finalis Pertandingan Shell Selamat Sampai Varsity Challenge 2021 yang akan diadakan pada 20 Jan 2022,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1054
Kongsi :
Previous post Banjir: Pusat pemindahan terakhir di Melaka ditutup 2 petang tadi
Next post DUN Sg Udang: Mahkamah dengar bantahan awal pada Feb ini
Ubah saiz-+=