SMK Tinggi Melaka muncul juara Tari Kanak-Kanak Peringkat negeri

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 4 September – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka muncul juara Tari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Melaka 2022.

Keunikan Tarian Ratib Anak Lautan yang dikoreografikan oleh Zaki Salleh, SMK Tinggi Melaka berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta piala dan sijil.

Sementara itu tempat kedua milik Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek dengan tarian Zapin Sireh Pinang yang membawa pulang wang tunai RM800 berserta piala dan sijil.

Manakala SK Duyong mendapat tempat ketiga dengan tarian Zapin Geng Mengaji membawa pulang RM500, piala dan sijil.

Tujuh sekolah menerima hadiah saguhati iaitu SK Bachang, SK Ayer Keroh, SK Tangga Batu, SMK Tinggi Perempuan Melaka, SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa, SMK Seri Pengkalan dan SMK Ghaffar Baba.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) negeri, Ezlina Alias berkata pertandingan itu memberi peluang kepada peserta dan jurulatih sekolah-sekolah terlibat menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang tarian.

Katanya, dua kategori dipertandingkan pada tahun ini iaitu kategori satu;- Kelab Tunas Budaya (KTB) dan Kelab Giat Budaya (KGB) yang melibatkan 10 sekolah, manakala sebuah sekolah mengambil bahagian dalam kategori dua iaitu Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC).

“Generasi muda kini harus mempertahankan khazanah seni tari agar ia terus bernafas seperti pepatah lama tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

“Semoga warisan tradisi seperti seni tari ini mampu memberi impak positif kepada generasi muda disamping mempromosi budaya Malaysia di persada dunia,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Hadir pada program itu Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2728
Kongsi :
Previous post Polis serbu stor simpan diesel, 16 ditahan
Next post JKKN Melaka tampil olahan persembahan luar biasa pada 16 September
Ubah saiz-+=