SOP PRN Melaka perlu lebih jelas – Ab Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

TANJUNG BIDARA 8 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memohon garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih jelas bagi mengelakkan sebarang isu pada masa akan datang.

Beliau berkata, pelaksanaan SOP antaranya termasuk kaedah berkempen adalah selaras dengan norma baharu PRN Melaka yang mana mewujudkan satu dimensi baharu dalam landskap politik tanah air.

Justeru katanya, SOP itu perlu diperincikan secara lebih jelas yang mana perlu dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya parti yang berkempen tidak melanggar undang-undang ditetapkan.

“Jadi saya minta kepada semua agensi yang terlibat dalam mengawal selia negeri Melaka, lebih baik memberi satu SOP yang lebih jelas, apa yang boleh dan tidak boleh memandangkan negeri ini dah masuk Fasa 4.

“Hari ini saya pun sudah diterima menjadi calon nombor tiga bagi DUN N.02 Tanjung Bidara.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pengurusan parti kerana memberi saya peluang memikul tanggungjawab dan amanah bagi saya menjalankan tanggungjawab bersama rakyat di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kediaman rasminya di sini, hari ini.

“Saya melihat bahawa pilihan raya ini dalam satu pilihan raya norma baharu yang dilaksanakan mengikut kaedah dan peraturan yang selama ini kita tak pernah pun menerima.

“Tapi kali ini saya percaya bahawa kaedah baharu ini adalah langkah awal untuk melihat bagaimana kita menerima sop-sop ini untuk menjalankan pilihan raya dan manzahirkan kematangan masyarakat dalam menghadapi pilihan raya dalam masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

516
Kongsi :
Previous post Anggota polis cedera bergelut dengan penjenayah
Next post PRN Melaka: Permohonan Adly tidak boleh didengar, diadili oleh mahkamah
Ubah saiz-+=