SOP PRN untuk keselamatan bersama – Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 25 Okt – Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu yang ditetapkan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah untuk keselamatan bersama, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Justeru, katanya, dakwaan oleh Pengerusi DAP negeri Datuk Tey Kok Kiew yang mendakwa SOP itu tidak adil dan hanya menguntungkan blok kerajaan sahaja adalah tidak berasas sama sekali.

Katanya, SOP itu terpakai kepada semua parti bertanding, baik untuk blok kerajaan mahupun pembangkang.

“Jika pihak di sebelah sana (pembangkang) melihat SOP PRN ini tidak adil, bagi UMNO juga tidak adil, tetapi SOP ini untuk kesejahteraan rakyat dan keselamatan bersama.

“Kalau nak kata kerajaan kawal media, mereka (pembangkang) ketika menjadi kerajaan juga melakukan perkara yang sama (mengawal media),” katanya ketika dihubungi MHI hari ini.

Justeru, katanya, walau apa jua SOP yang ditetapkan, semua pihak perlulah berlapang dada dan mematuhi SOP yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan segala aktiviti, perhimpunan dan majlis sosial termasuk berkempen secara fizikal sepanjang PRN Melaka adalah tidak dibenarkan berikutan kes berkaitan varian Delta masih meningkat ketika ini.

Katanya, ketetapan itu bermula hari ini hingga 27 November depan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

526
Kongsi :
Previous post (DIKEMAS KINI) Guru dalam perjalanan ke sekolah maut kemalangan
Next post Kitar semula, dapat duit…
Ubah saiz-+=