Stadium blackout: Bukan sebab burung mati, bukan sabotaj

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

PAYA RUMPUT 29 Nov- Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu menafikan terdapat unsur ‘sabotaj’ pada malam perlawanan separuh akhir kedua pertemuan Melaka United menentang KL City FC di Stadium Hang Jebat, Jumaat lalu.

Katanya, insiden ‘blackout’ yang berlaku sebanyak dua kali itu berpunca dari kerosakan alat geganti perlindungan (over current earth fault) atau VCB (vacuum circuit braker) yang terdapat pada papan suis utama.

Zainal turut menafikan insiden itu berpunca dari gambar yang tular apabila kelihatan peninggalan bangkai burung di panel ‘scoreboard’.

“Tidak ada isu tentang sabotaj, memang tidak ada, langsung tidak berkait, lebih kepada isu teknikal

“Pada awalnya pihak kami kesan ada peninggalan bangkai burung di panel ‘scoreboard’, jadi kita ingatkan itu puncanya, tapi tidak.

“Kali kedua berlaku blackout, kita ingat punca dari ‘sound system’ yang dibawa dari luar, tapi itu juga bukan puncanya, dan selepas perlawanan tamat, kita dapati punca sebenar, adalah alat pemutus perlindungan atau VCB, di papan suis utama untuk pemutus litar telah rosak.

“Jadi tindakan yang diambil, kita akan buat penambahbaikan, serta MBMB ambil pndekatan, lakukan ‘inspection’, dan pemeriksaan akan dibuat lebih serius dan lebih teliti pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) , ketika dihubungi hari ini.

ZAINAL.

Jumaat lalu di Stadium Hang Jebat, ekoran insiden ‘blackout’ itu, perlawanan separuh akhir masa kedua itu terpaksa ditangguhkan selama satu jam.

Perlawanan sepak mula bermula jam 10.15 malam selepas dua kali insiden ‘blackout’ di stadium terbabit.

Insiden terbabit merupakan pertama kali yang berlaku di Stadium Hang Jebat dengan Kira-kira 12,000 penyokong sudah membanjiri stadium serta keadaan menjadi kecoh kerana terganggu dengan masalah teknikal tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1238
Kongsi :
Previous post KKM tingkatkan survelan genomik kesan varian Omicron
Next post Singapura terbuka terima cadangan baharu dari Malaysia berkaitan HSR – PM Lee Hsien Loong
Ubah saiz-+=