Struktur pengurusan Bersatu perlu ditambah baik – Pak Wan

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

ALOR GAJAH 28 Nov – Stuktur pentadbiran Bersatu di peringkat pusat dan negeri perlu ditambahbaik bagi memastikan perjuangan ketika penubuhan parti itu dikembalikan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, selepas kekalahan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov, perkara itu perlu dinilai semula dan diperbaiki.

“Saya berpendapat bukan sahaja rombakan di negeri wajib dibuat tetapi melihat semua struktur secara keseluruhan, yang melibatkan pengurusan parti itu sendiri.

“Struktur pentadbiran contohnya apa yg telah dipilih dan dilantik kita kekalkanlah, cumanya kena ada penambahbaikan dari segi pengurusan tu sendiri.

“(Penambahbaikan) pengurusan membabitkan keahlian, gerak kerja pilihan raya dan sebagainya yang telah kita nampak dan mendapat maklum balas serta dapatan tertentu yg mana dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) kita beri kemenangan pada pihak lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengulas mengenai perletakan jawatan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen Jumaat lalu di A Famosa Resort, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata, keputusan bagi menilai semula struktur pentadbiran parti bagaimanapun terletak kepada pucuk pimpinan demi kepentingan Bersatu.

“Kepimpinan di peringkat pusat itu dipilih manakala pengurusan dilantik, jadi terpulang kepada kepimpinan tertinggi sama ada untuk penambahbaikan dalam pengurusan parti yang bagi saya secara peribadi mengganggap tidak memberi keputusan baik dalam PRN.

“Itu keputusan pimpinan tertinggi bukan sahaja melibatkan susun semula di negeri, tetapi memperhalusi cra kita mengurus dan mentadbir parti di peringkat pusat, sekiranya perlu,” katanya.

Mohd Redzuan berkata, amat penting bagi semua ahli Bersatu kembali semula kepadap perjuangan asal antaranya termasuk memerangi kleptokrasi.

Justeru, beliau mengharapkan kelemahan dalam gerak kerja parti yang telah diperakui menjadi antara punca kepada kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada PRN lalu dapat dijadikan iktibar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1045
Kongsi :
Previous post Bandar Hilir kembali meriah
Next post Writing Kedah History: A Shameful Belief Toward Thailand’s Chauvinistic Nationalism
Ubah saiz-+=