Suara akar umbi mahu Ab Rauf jadi calon PRN Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 52 Saat

AYER KEROH 31 Okt – Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh wajar dipilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan.

Perkara itu dibangkitkan suara akar umbi UMNO yang menyifatkan Ab Rauf mempunyai pakej lengkap sebagai pemimpin kawasan dan negeri ini.

Bagi Nurul Amirah Mohd Yusof, 30, pengalaman serta sifat tegas yang senang dibawa berbincang merupakan kredibiliti Ab Rauf yang layak untuk dicalonkan dalam PRN Melaka.

“Kalau kata kredibiliti beliau memang layak lah, pengalaman dalam menguruskan UMNO sudah lima ke enam tahun dia menerajui UMNO Bahagian Masjid Tanah.

“Beliau seorang ‘figura’ yang sangat baik, kredibiliti dan ciri-ciri dia seorang yang senang untuk bekerjasama.. sifat tegasnya yang masih boleh berbincang,” katanya kepada MHI.

Mohamad Azmi Sabtu, 48 pula menyifatkan Ab Rauf seorang pemimpin yang kuat bekerja dan tidak pernah kenal isitilah penat.

“Beliau (Ab Rauf) seorang yang tegas dan bertanggungjawab, beliau boleh membawa Melaka ke arah yang lebih baik.

MOHAMAD Azmi.

“Seorang yang begitu kuat bekerja dan tiada istilah penat, kalau boleh kerja dari pagi ini sampai esok pun dia terus bekerja,” katanya.

Manakala, Ketua UMNO Cawangan Sri Jeram Rahim Yunos, 57 berkata Ab Rauf wajib dicalonkan kerana beliau berjiwa besar dalam memimpin parti di Melaka.

Katanya, rakyat Melaka khususnya ahli UMNO perlu berterima kasih kepada Ab Rauf kerana mampu mengembalikan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam negeri Melaka.

Justeru, ujarnya, tidak perlu ada pertikaian sekiranya Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah itu dicalonkan pada PRN Melaka kerana jasa dan kepimpinan yang ada pada beliau membuatkan beliau wajib untuk dicalonkan.

“Beliau berjiwa besar kerana meskipun tidak tercalon pada PRU-14 lalu, di mana beliau tidak dicalonkan langsung, namun Ab Rauf tidak merajuk, malah tidak ‘ambil hati’, namun, apa jadi apabila kerajaan tumbang dan naiknya PH?

“Sekali lagi, saya tegaskan, Ab Rauf bukan wajar tetapi wajib menjadi calon dalam PRN Melaka ini kerana beliau sudah bersusah payah mengharungi segala-galanya dalam mengembalikan BN menerajui Melaka selepas tumbang dalam PRU ke-14 lalu.

“Beliau juga merupakan pemimpin tertinggi parti di Melaka dan jasa serta ciri-ciri yang ada pada beliau menjadikan wajar untuk beliau bertanding, boleh dikatakan, figura ini terlalu berjiwa besar,” katanya.

END

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

786
Kongsi :
Previous post Sulaiman teruskan rutin dengar denyut nadi rakyat
Next post Tiga bekas ADUN tunggu isyarat Anwar
Ubah saiz-+=