Sorting by

×

SUARA DAN IDEA ANAK MUDA WARNAI MALAM SANTAI MAHASISWA

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

REMBIA 9 Ogos – Lebih 70 mahasiswa yang merupakan anak jati Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia menghadiri Malam Santai Mahasiswa bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Rembia di sebuah gerai makan, di sini, semalam.

Penyelaras DUN Rembia, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata program itu dianjurkan bagi menghimpunkan golongan mahasiswa setempat dalam suasana santai, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim.

Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata sesi ramah mesra yang diadakan turut memberi ruang kepada mahasiswa untuk berkongsi pandangan dan cadangan berkaitan pembangunan komuniti serta peluang pendidikan.

“Mahasiswa adalah aset penting yang bakal menjadi penerus kepimpinan masa hadapan.

“Kita mahu mereka kekal terhubung dengan kampung halaman dan sama-sama menyumbang idea demi kemajuan DUN Rembia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas menghadiri Malam Santai Mahasiswa di sebuah gerai makan.

Turut hadir, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Senator Dewan Negara, Datuk Mustafa Musa serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam berkata program terbabit menjadi medan dialog antara mahasiswa dengan ikon belia tempatan.

Tambahnya, sesi dialogi itu membincangkan isu bantuan pendidikan, kebolehpasaran graduan dan peluang pekerjaan di Melaka.

“Komitmen Kerajaan Negeri menarik pelaburan baharu akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, sekali gus memberi keyakinan kepada graduan untuk terus menetap di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

495
Kongsi :
Previous post WRUR REMBIA: ASNAF TIDAK SENDIRIAN
Next post LELAKI VIETNAM TARIK BAYI SELEPAS MENCURI DI PASARAYA DIREMAN EMPAT HARI