Sukan kasut roda akan diketengahkan di Malaysia

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

DUYONG 17 Disember – Sukan kasut roda bakal diperkasakan menjadi antara salah satu sukan masa depan di negara ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, sukan kasut roda itu kini sudah termasuk di dalam Jadual 1 Akta Pembangunan Sukan untuk diketengahkan.

“Apabila (sukan) sudah masuk ke dalam Jadual 1, kebiasaannya pihak KBS akan memberi banyak galakan dan ia bukan sahaja merujuk kepada sukan kasut roda malahan beberapa sukan lain yang turut disenarai dalam Jadual 1.

“Saya yakin, kita dapat buktikan dengan penganjuran terbuka, sukan ini boleh diperkasa tanpa perlu menunggu badan-badan besar atau agensi kerajaan untuk membantu kerana saya difahamkan ia tidak menggunakan modal yang tinggi.

“Malahan, penganjuran kejohanan secara terbuka juga dapat memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada atlet tunas atau junior,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Cabaran Kasut Roda Terbuka Melaka 2022 di Stadium Tun Fatimah hari ini.

IMG_20221217_163236_537
DUYONG 17 Disember -Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim beramah mesra bersama peserta yang hadir pada Majlis Perasmian Cabaran Kasut Roda Terbuka Melaka 2022 di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit. Foto Iqmal Haqim Rosman

Kejohanan itu disertai kira-kira 157 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Indonesia, Myanmar, India dan Thailand, membabitkan peserta berusia 4 tahun hingga 40 tahun.

Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, kejayaan penganjuran sukan terbuka yang berjaya menarik peserta luar negara itu wajar diteruskan pada edisi akan datang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2230
Kongsi :
Previous post Pindaan waktu kerja fleksibel bakal dilaksana Kementerian Sumber Manusia
Next post Konsep ‘desa’ perlu diberi nafas baharu – Ahmad Zahid
Ubah saiz-+=