Sorting by

×

Sukarelawan NGO didakwa buat hantaran jelik terhadap institusi raja dan agama Islam di Facebook

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

AYER KEROH 13 Sept – Seorang sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) rumah ibadat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap institusi raja dan agama Islam di laman sosial, dua tahun lalu.

Tertuduh, Prajiv Lionel Proctor, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang menggunakan nama profil ‘Lionel Proctor’ di Facebook secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik iaitu “Eeewww….. siapa nak hormat raja2 kau yg bertaraf mcm ketua kampung jer dan agama kau yang diasaskan bangsa penunggang unta dari padang pasir” dengan niat untuk menganiayai orang lain pada 29 Disember lalu jam 1 tengah hari.

Pautan itu kemuian dibaca di laman profil Facebook “Bantal Busuk” pada tarikh sama, jam 1 tengah hari di KM 4 Bukit Piatu, dekat sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya dan didenda RM1,000 setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang diwakili Peguam Tan Chow Teng, Cassian Anthony dan Andy Fong bagaimanapun merayu jaminan dikurangkan kepada RM3,000 dengan alasan tiada pendapatan tetap dan menanggung kedua ibu bapa yang uzur.

Selain itu tertudu juga menghidap penyakit kanser tiroid dan obsesif kompulsif (OCD) serta gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD).

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jain RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2022.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1153
Kongsi :
Previous post Agong percaya kerajaan mampu buktikan pencapaian awal
Next post Harimau baham ayam hutan bukan di Bukit Rambai – PERHILITAN
Ubah saiz-+=