Sulaiman titip pesanan kepada anak Sekolah Tunas Bakti

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BUKIT BARU 24 November – “Keberadaan pakcik hari ini semuanya adalah doa daripada kedua ibu bapa, sebab itu kita perlu sayang dan kasih kepada mereka kerana mereka ini sentiasa mendoakan kita”.

Itu pesanan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang berkongsi kejayaannya kepada anak-anak dari Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh (STBSL), hari ini.

Beliau berkata sesibuk mana pun tugasan harian seorang anak, menjadi kewajipan untuk berjumpa dengan ibunya pada setiap minggu.

“Sehingga hari ini pakcik dibesarkan oleh ibu pakcik hajah temah..orang kampung panggil Mak Temah dan umur dia dah 93 tahun…dia berpesan pada saya sejak kecil sampai sekarang umur saya 57 tahun sentiasa ingat ibu bapa.

“Bagaimana sibuk pun saya, saya mesti jumpa dia (ibu) setiap minggu, paling tidak pun sekali seminggu sebab ibulah yang membesarkan kita, tidak ada ibu mendoakan anaknya tidak berjaya, sejahat mana anaknya ibu pasti mendoakan yang terbaik.

“Kita pandang ibu sahaja sudah dapat pahala, jangan lupa jasa kedua orang tua kita, saya berdiri hari ini adalah hasil doa ibu saya, kalau dia tidak doa saya tidak berdiri di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022 di Rumah Kasih Tun Abdul Aziz Durian Daun, di sini hari ini.

Hadir sama Exco Hal Ehawal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Noordin dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Burhanuddin Bachik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1825
Kongsi :
Previous post Melaka kekal dengan Kerajaan Negeri sedia ada – KM
Next post Anwar angkat sumpah Perdana Menteri Ke-10
Ubah saiz-+=