
Sultan Johor akan biaya kos baiki Hospital Sultanah Aminah
JOHOR BAHRU: Sultan Johor akan membiayai kos membaik pulih Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terbakar petang semalam.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata, kontraktor akan dilantik bagi membolehkan kerja pembaikan dijalankan segera dengan kos pembaikan ditanggung sepenuhnya Yayasan Sultan Ibrahim Johor.
“Saya mahukan pengarah Jabatan Kerja Raya, pengarah Kesihatan Johor serta pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor bersama-sama membincangkan segera pelan pembaikan yang akan dilakukan kontraktor.
“Selalunya, kos pembaikan jika dilakukan kerajaan akan mengambil sedikit masa kerana terdapat sistem yang perlu dilalui dan saya tidak salahkan kerajaan. Oleh demikian, saya mahukan kerja-kerja pembaikan dilakukan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wad Perubatan Perempuan 1 HSA yang terletak tidak jauh dari Klinik Kesihatan Mahmoodiah terbakar pada 3 petang semalam dan semua 24 pesakit di wad itu berjaya dipindahkan dengan selamat.
Kali terakhir HSA terbakar pada Oktober 2016 di tingkat 2 unit rawatan rapi selatan yang mengorbankan 6 pesakit.
–BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
16 BARANGAN KAWALAN SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2026
KESIDANG 10 Februari – Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2026 akan berkuat kuasa bermula 13 hingga...
‘CAKNA’ PERKASA ALUMNI UNIVERSITI AWAM, 473 PROGRAM DISATUKAN
AYER KEROH 2 Februari - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus memperkukuh peranan alumni sebagai rakan strategik pembangunan pendidikan tinggi negara...
POLIS MELAKA TUMPAS SINDIKET PENIPUAN PELABURAN PALSU DIDALANGI WARGA CHINA
MELAKA 29 Januari - Polis Melaka menumpaskan sindiket penipuan pelaburan palsu didalangi empat lelaki warga China hasil serbuan di sebuah...
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN OKU, BUKTI KOMITMEN POLYCC
MERLIMAU 27 Januari - Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) komited memperkasa pelajar orang kurang upaya (OKU) melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan...
MINDEF ALU-ALUKAN SEMUA NEGERI JAYAKAN ‘HANRUH’
PAYA RUMPUT 27 Januari - Semua negeri dalam Malaysia dialu-alukan untuk bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi menjayakan matlamat HANRUH...
MINDEF PERUNTUK RM850,000 LAKSANA 17 PROJEK JIWA MADANI DI MELAKA
PAYA RUMPUT 27 Januari - Kementeri Pertahanan (MINDEF) memperuntukkan RM850,000 bagi melaksanakan 17 Projek Jiwa Madani di Negeri Melaka sepanjang...

