Sorting by

×

SULTAN NAZRIN SHAH BERKENAN RASMI PROJEK COACH, LANCAR BUKU WIRA WIRAWATI KASTAM

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 24 September – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Pembangunan Projek Cointainer Akmal Challenge (CoACh) dan Pelancaran Buku Wira Wirawati Kastam di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Bukit Baru, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Nazrin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut diiringi Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abdul Rahman.

Turut menyambut keberangkatan tiba Sultan Nazrin Shah adalah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad; barisan Exco, Timbalan Exco, wakil jabatan, agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Pada majlis berkenaan Sultan Nazrin Shah berkenan menandatangani plak Pembangunan Projek CoACh selain melancarkan buku Wira Wirawati Kastam.

Usai majlis perasmian Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan melawat pameran AKMAL serta sesi bergambar bersama kenamaan sebelum berangkat pulang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1100
Kongsi :
Previous post OP JACK SPARROW: KUMPULAN JENAYAH TERANCANG AKTIF SEJAK 2023 TUMPAS, 17 AHLI DITAHAN
Next post ‘COACH’ TINGKAT INTEGRITI, KETAHANAN PEGAWAI KASTAM