
Suspek rogol remaja bukan pemain Kelantan FC
KOTA BHARU, 2 Jun – Kelantan FC hari ini mengesahkan bahawa tiada pemain pasukan itu ditahan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja berusia 18 tahun, di sini Ahad lepas.
Pengurus Operasi TRW Kelantan FC Qusmaini Noor Rosli berkata perkara itu disahkan selepas siasatan dalaman oleh pihak pengurusan tertinggi pasukan berhubung isu tersebut.
“Kami (Kelantan FC) mengesahkan bahawa tiada pemain Kelantan FC yang terlibat mahupun berkait rapat dengan isu tidak bermoral ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan suspek seorang pemain bola sepak liga tempatan berusia 28 tahun ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, selepas mangsa yang berusia 18 tahun membuat laporan polis.
Qusmaini berkata Kelantan FC juga mengambil serius tohmahan yang dilemparkan oleh pengguna media sosial terhadap pasukan itu berikutan kes tersebut.
“Kelantan FC telah mengenal pasti beberapa pemilik akaun yang menabur fitnah kepada pemain pasukan,” katanya- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERJASAMA SEMUA AGENSI PASTIKAN KELANCARAN PRN MELAKA KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Kerjasama semua agensi berkaitan amat penting bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak...
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
‘KENDURIAN’ MELAKA TAWAR BUFET BLACK THORN, MUSANG KING HANYA RM25
ASAHAN 30 Jun - Rakyat Melaka berpeluang menikmati bufet durian premium dari jenis Musang King dan Block Thorn pada harga...
MEDIPULIH RANCANG BUKA EMPAT CAWANGAN BAHARU, PERLUAS AKSES PENJAGAAN KESIHATAN
TELOK MAS 30 Jun - MediPulih Melaka merancang untuk membuka sehingga empat lagi cawangan baharu di negeri ini dalam usaha...
