
Syukur dapat tatap wajah Zubaidi Amir kali terakhir
BUKIT PALAH 1 Feb. – Keluarga angkat Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek melahirkan kesyukuran apabila diberi peluang menatap wajah jenazahnya buat kali terakhir sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, Jasin.
“Alhamdulillah, dapat lihat dan tatap wajahnya buat kali terakhir. Wajahnya tenang seperti sedang tidur.
“Saya tahu Adik sedang menunggu uminya datang. Umi dah datang ni jumpa adik,” kata ibu angkat arwah, Norlida Abu Hassan ketika ditemu bual Melaka Hari Ini di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, sebentar tadi.
Norlida, 50, berkata, dia dan keluarga akan terus menuju ke Madrasah Asy-Syakirin di Simpang Bekoh, Jasin kerana difahamkan jenazah akan dimandi, dikafankan serta Solat Jenazah di sana.
Terdahulu, van jenazah berlepas dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka kira-kira jam 10 pagi menuju ke Jasin.
Melaka Hari Ini sebelum ini melaporkan mayat kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun ditemui maut di tepi tong air disyaki didera dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya, Jumaat lalu.
Hasil siasatan mendapati terdapat beberapa kecederaan fizikal pada badan mangsa dan ekoran itu ibu kandung serta bapa tirinya telah direman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-HABIS-
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA NEGERI PERTAMA MILIKI SISTEM ‘PANIC BUTTON’
BANDA HILIR 8 Februari - Melaka menjadi negeri pertama di negara ini memiliki sistem 'Panic Button', kata Ketua Menteri Datuk...
MELAKA PERKENAL CERDAS, PUSAT SEHENTI SARINGAN MASALAH PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
AYER KEROH 7 Februari - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) memperkenalkan Program Child Evaluation, Referral and Developmental Assessment Services (CERDAS)...
50 LOKASI BAZAR RAMADAN, LAPAN BAZAR AIDILFITRI SELURUH MELAKA
AYER KEROH 7 Februari - Melaka meluluskan penganjuran 50 lokasi Bazar Ramadan dan lapan Bazar Aidilfitri bagi tahun 2026, melibatkan...
PERSEMBAHAN KUDA KEPANG ‘PUKAU’ PENGUNJUNG
SERKAM 7 Februari - Tarian kuda kepang dipersembahkan pada Karnival Warisan Adat Temenggong Dan Adat Perpatih Mengikut Tradisi Jawa, mencuri...
TUN DR. MOHD ALI RASMI KARNIVAL KESIHATAN MADANI JOM SIHAT
AYER KEROH 7 Februari – Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Karnival Kesihatan...
‘TOK RAOP TAK BERTANGGUH SELESAI ISU RAKYAT’
TANJUNG BIDARA 7 Februari - Sikap Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tidak bertangguh dalam mencari penyelesaian...
