Sorting by

×

TAMAN PERMAINAN TAMAN 1 KRUBONG KINI LEBIH MESRA OKU

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PAYA RUMPUT 10 Februari – Taman Permainan Kanak-Kanak Taman 1 Krubong kini dilengkapi kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) susulan kerja dinaik taraf dijalankan

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, kerja-kerja menaik taraf taman permainan tersebut bermula pada hujung Oktober 2025 dan siap sepenuhnya pada awal Januari 2026.

Menurutnya, antara penambahbaikan utama yang dilaksanakan ialah penyediaan ‘ramp’ bagi memudahkan akses golongan OKU, warga emas dan ibu bapa yang membawa anak kecil.

“Sebelum ini akses ke taman permainan hanya menggunakan tangga. Kini ‘ramp’ disediakan bagi memastikan kemudahan ini lebih selamat, selesa dan mesra OKU,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Taman Permainan Kanak-Kanak Taman 1 Krubong, di sini, hari ini yang disempurnakan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Shadan berkata selain itu, taman permainan kanak-kanak turut ditambah baik dengan elemen landskap bagi mewujudkan persekitaran riadah yang kondusif untuk keluarga.

“Taman permainan ini sering dikunjungi penduduk sekitar Krubong dan Paya Rumput pada waktu petang dan malam, menjadikannya antara lokasi riadah komuniti setempat.

“Setakat ini, MBMB belum merancang sebarang projek menaik taraf taman permainan lain dan masih menunggu peruntukan bagi pelaksanaan seterusnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

396
Kongsi :
Previous post ‘SUMBANGAN INI AMAT BERMAKNA UNTUK SAYA’
Next post 16 BARANGAN KAWALAN SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2026