Tambah baik syarat kursus praperkahwinan, temuduga mohon kebenaran kahwin

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 21 Jun – Sijil Kursus Praperkahwinan Islam (KPI) secara atas talian yang dihadiri 1 Jun dan selepasnya tidak diterima sebaliknya individu yang mahu membuat permohonan kebenaran berkahwin di negeri ini perlu menjalani kursus bersemuka.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata,  perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang bersidang 17 Mac lalu dan perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 19 Mei lalu.

Katanya dalam mesyuarat itu, JAIM bersetuju menambah baik syarat dalam melaksanakan KPPI dan temuduga perkahwinan Islam di negeri ini.

“Individu yang berumur 45 tahun dan belum pernah berkahwin serta mempunyai status Orang Kurang Upaya (OKU) pekak dan bisu diwajibkan untuk menghadiri temuduga perkahwinan.

“Selain itu tempoh sah laku sijil KPPI adalah 10 tahun atau sekali perkahwinan sahaja atau mana yang terdahulu, bagi kursus yang dihadiri bermula pada 1 Jun 2023 atau selepasnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut kenyataan itu, bagi individu yang pernah berkahwin dan berusia 45 tahun serta belum pernah berkahwin dikecualikan daripada menghadiri KPPI.

“Turut dikecualikan, warganegara Malaysia yang menetap dan menjalankan akad nikah di luar negara; warga asing, OKU pekak dan bisu serta lain-lain kategori atas budi bicara Ketua Pendaftar, Pendaftar Kanan atau Pendaftar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2412
Kongsi :
Previous post Sorakan penduduk gamat
Next post UTeM terbuka terima kemasukan pelajar Rohingya – Massila
Ubah saiz-+=