
Tambah stok ikan di Sungai Duyong – Abdul Razak
KANDANG 21 Feb – 80,000 benih ikan lampam dilepaskan di Sungai Duyong, di sini, mampu menjadikan kawasan itu sebagai lokasi tumpuan kaki pancing.
EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, kawasan sama juga berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan berkonsepkan perikanan rekreasi.
“Usaha ini bakal meningkatkan lagi stok (jumlah) ikan air tawar di Sungai Duyong, sekali gus boleh menjana pendapatan bagi penduduk tempatan.
“Meskipun kawasan ini tiada nelayan sungai tapi popular sebagai lokasi untuk aktiviti riadah dan memancing dalam kalangan penduduk tempatan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Pelepasan Benih Ikan dan Penyerahan Lesen Sampan Khas di Masjid As-Salimin, di sini, hari ini.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman dan Pengarah Perikanan Negeri Melaka, Mohd Fauzi Salehon.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TEROKA PELANCONGAN SUKAN, SASAR ACARA BERTARAF DUNIA
BANDA HILIR 3 Oktober - Melaka sedang meneroka pelancongan sukan sebagai produk baharu bagi menarik lebih ramai pelancong menerusi penganjuran...
MELAKA ‘MESRA’ KESIHATAN RAKYAT
AYER KEROH 3 Oktober - Agenda kesihatan rakyat Melaka terus diperkasa menerusi pendekatan menyeluruh yang merangkumi pencegahan penyakit, saringan awal,...
SENTUHAN TOK RAUF PASTIKAN RAKYAT TANJUNG BIDARA SELESA
TANJUNG BIDARA 3 Oktober - Meskipun infrastruktur asas di Tanjung Bidara berada pada tahap baik, aspek penyelenggaraan serta keperluan kecil...
MASJID AL-JAWAHIR, WARISAN 115 TAHUN YANG TERUS DIIIMARAH
TANJUNG BIDARA 3 Oktober - Berdiri sejak 1911, Masjid Al-Jawahir, Pengkalan Balak bukan sekadar menjadi tempat ibadah masyarakat setempat, malah...
7 TAHUN DALAM ‘GELAP’, HAMDAN RINDU KEMBALI BEKERJA
KOTA LAKSAMANA 3 Oktober - "Meskipun tahu mata saya mungkin tidak akan pulih sepenuhnya, harapan saya cuma satu, untuk terus...
ZOO MELAKA ADA ‘BOARDWALK’ BAHARU, PENGUNJUNG LEBIH SELESA
AYER KEROH 3 Oktober - Laluan pejalan kaki atau 'boardwalk' sepanjang kira-kira 800 meter di Zoo Melaka kini dinaik taraf...
