JDT kekal menyengat walau tanpa Safawi

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

PAYA RUMPUT 12 Okt. – Juala Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT)
langsung tidak tergugat dengan ketiadaan tonggak utamanya, Safawi Rasid tidak menggugat pasukan itu untuk kekal ‘menyengat’ dalam menghadapi saingan Piala Malaysia yang bermula 25 Oktober ini.

Menurut Pengendali skuad Harimau Selatan Benjamin Mora berkata, meskipun penyerang berusia 23 tahun itu memiliki bisanya tersendiri dalam pasukan itu, namun ketiadaan Safawi memberi ruang kepada pemain lain untuk menyerlah dalam perlawanan akan datang.

“Jika Ramadan atau Arif bermain sebagaimana perlawanan menentang Melaka United (kelmarin), ia tidak menyukarkan kami kerana kedua-duanya pemain yang bagus malah kita mempunyai ramai pemain yang berbakat.

“Sudah tentu Safawi istimewa kepada JDT, istimewa di mata bos kami malah istimewa kepada saya tetapi kami percaya keputusan diambil Safawi adalah pengalaman yang bagus untuknya.

“Apa yang penting adalah satu pasukan, kami pasti merinduinya, namun seseorang perlu mengambil alih tempatnya kerana JDT adalah sebuah pasukan,” katanya.

Tonggak sayap Harimau Malaya itu terbang ke Portugal dipinjamkan selama satu musim bagi menyertai kelab utama Liga Premier, Portimonense SC

Tonggak sayap Harimau Malaya, Safawi terbang ke Portugal 3 Oktober lalu bagi beraksi secara pinjaman selama semusim bersama kelab utama Liga Premier, Portimonense SC.

Mengenai perancangan kelab itu pada kempen Piala Malaysia Mora berkata, pasukan itu akan menurunkan barisan pemain yang masih belum beraksi dalam saingan sebelum ini untuk bermain dalam perlawanan seterusnya.

“Sebagaimana prinsip JDT, setiap pemainnya sentiasa bertukar-tukar dalam perlawanan, kita akan menurunkan beberapa pemain yang masih belum beraksi bagi membangkitkan keyakinan mereka,” katanya.

Views:

846
Kongsi :
Previous post Suk Won mahu FAM hukum Syafiq Ahmad
Next post PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa 14 Oktober
Ubah saiz-+=