IMG-20211212-WA0003

Teater ‘Tu Hantu Hantu’ menghiburkan, penuh sindiran

AYER KEROH 11 Dis – Teater Muzikal Komedi ‘Tu Hantu Hantu’ yang dipentaskan di Panggung Seri Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Melaka boleh disifatkan sebagai sebuah ‘masterpiece’ yang cukup menghiburkan.

Pementasan teater yang dinaungi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan kerjasama JKKN Melaka dan Pertubuhan Seni Kesidang Seri (PERSIDANG) itu bukan sahaja mencuit hati penonton bahkan penuh dengan unsur-unsur sindiran kepada masyarakat.

Karya diilhamkan Isa Maarof yang merupakan tenaga kerja JKKN Melaka itu menghimpunkan pelbagai gelagat kehidupan manusia masa kini yang tidak terlepas dari anasir-anasir negatif.

Karya itu juga, menggambarkan kehidupan manusia yang ada kalanya lebih teruk daripada hantu.

SESI bergambar selepas tamat pementasan Teater Muzikal Komedi ‘Tu Hantu Hantu’ di Panggung Seri Kompleks JKKN Melaka.

Selain menampilkan pelakon dan penyanyi teater, karya itu turut memperkenalkan bakat-bakat cilik dari tiga buah sekolah di negeri ini.

Pementasan teater selama dua hari bermula semalam itu antara lain merupakan salah satu usaha yang dijalankan MBMB bersama JKKN Melaka dan PERSIDANG untuk memartabatkan warisan seni budaya di negeri ini.

Majlis kemuncak pementasan teater itu telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Tempatan Datuk Zaidi Attan.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Kamel Mohamad, Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu, Pengarah JKKN Melaka Ezlina Alias dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

101
yaann Previous post Pengambilan semula pekerja asing bantu pemulihan perniagaan, ekonomi – FMM
car-factory Next post Sektor automotif kembali rancak menuju penghujung tahun