Sorting by

×

TEKNOLOGI AI BAKAL UBAH LANDSKAP PENGHASILAN STATISTIK

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BANDARAYA MELAKA 6 November – Penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dijangka menjadi pemangkin kepada transformasi penghasilan statistik negara, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada kaedah pengumpulan data konvensional.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, kemampuan AI memproses maklumat berskala besar secara pantas dan tepat membolehkan statistik dihasilkan dengan lebih efisien selari tuntutan era digital.

Katanya, teknologi seperti ‘satellite imaging’ dan ‘mobile phone positioning’ membolehkan statistik dijana secara automatik tanpa perlu turun ke lapangan bagi proses kutipan data secara manual.

“Ini bukan menggantikan sepenuhnya kaedah sedia ada, tetapi menjadi asas rujukan penting untuk kita mengemas kini data dengan lebih cepat dan tepat,” katanya pada sidang media selepas ASEAN-Malaysia Statistical Forum (AMSF) 2025 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Forum tersebut dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan turut dihadiri Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.

Dr. Mohd Uzir berkata, AI juga dapat membantu menghasilkan indikator pembangunan lebih inklusif, termasuk menilai kesejahteraan rakyat, jurang ketidaksamarataan dan kelestarian, bukan sekadar berasaskan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

“Malaysia berada pada kedudukan pertama peringkat global dalam kebolehcapaian data berkualiti dengan purata hampir 2,000 laporan statistik dikeluarkan setahun oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

“Negara kita turut berperanan sebagai rujukan serantau melalui penubuhan platform ‘Virtual Academy’ untuk perkongsian kepakaran bersama negara ASEAN lain, selaras konsep ‘prosper our neighbour’,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

492
Kongsi :
Previous post WRUR: KETUA MENTERI TITIP KATA SEMANGAT UNTUK ADIK NUR AIMI ZUHAIRAH
Next post PESARA KERAJAAN BAKAL NIKMATI MANFAAT PELARASAN PENCEN JANUARI DEPAN