Telegram MyMelaka News efisien, sebar maklumat tepat

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 3 Julai – Laman ‘MyMelaka News’ yang dilancarkan dalam aplikasi Telegram oleh Kerajaan Negeri pada Mei lalu menjadi sebuah platform orang ramai mendapatkan maklumat terkini dengan tepat berkaitan Negeri Melaka.

Tinjauan Melaka Hari Ini terhadap respon orang ramai mengenai aplikasi yang dilancarkan hampir dua bulan lalu menerima reaksi cukup positif.

Seorang penjawat awam negeri, Siti Fazilah Arifin berkata, aplikasi itu banyak berkongsi maklumat tepat dan hebahan menarik mengenai Negeri Melaka.

“Kita menerima banyak maklumat berkaitan pelancongan serta pelbagai program-program yang bakal dianjurkan di Melaka.

“Ia merupakan platform yang positif kerana ia memudahkan kita untuk terus berkongsi maklumat itu kepada rakan-rakan yang lain menggunakan platfrom media sosial,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dfc2438b 2072 4eb7 Bdd6 B943c175b83a
SITI Fazilah

Bagi Nur Syuhadah Abdullah pula berkata, platform Telegram MyMelaka News itu berupaya memacu pelancongan Negeri Melaka khususnya dalam memperluaskan promosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Kebaikannya kita dapat tahu maklumat itu dengan lebih cepat lebih-lebih lagi tahun ini adalah TMM2024 jadi kita dapat tahu apa tawaran dan program yang diberikan Kerajaan Negeri,” ujarnya.

Seorang lagi kakitangan awam Persekutuan, Mastika Hablum turut menyambut baik kewujudan saluran tersebut, namun dia mencadangkan beberapa penambahbaikan boleh dilakukan bagi memastikan inisiatif tersebut ‘mesra pengguna’.

“Saluran ini amat bagus sejak ia dilancarkan dan kita sebagai pengguna berharap ia perlu ada ‘two-way conversation’, di mana ia akan memudahkan pengguna untuk membuat pertanyaan dan aduan demi bersama meningkatkan ekonomi dan menambah baik dengan cadangan-cadangan berhubung Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

129
Kongsi :
Previous post Melaka Bila Larut Malam beri laluan kepada program keagamaan Maal Hijrah
Next post Guru puji inisiatif Ketua Menteri ‘bugarkan’ sejarah di Melaka
Ubah saiz-+=