Sorting by

×

TELOK BEREMBANG PRODUK PELANCONGAN LUAR BANDAR BAHARU

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER LIMAU 27 Oktober – Telok Berembang bakal menjadi sebuah lagi destinasi eko pelancongan baharu menerusi pelaksanaan jajaran dari Jeti Telok Berembang hingga ke Jeti Kuala Linggi.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, menerusi perancangan itu perkhidmatan bot eco-cruise akan turut melibatkan persinggahan di Jeti Telok Berembang.

Hameed yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, berkata perkara itu akan mewujudkan membantu mengembangkan dan memperkukuhkan lagi ekosistem ekonomi tempatan.

“Nelayan juga boleh meneroka peluang baharu untuk menjana pendapatan seperti membawa pengunjung menelusuri Sungai Linggi, orang Kampung pula menawarkan pelbagai produk atau perkhidmatan kepada pelancong yang datang.

“Pelaksanaan ini bukan bermakna kita menutup Jeti Paya Lebar tetapi menambah lagi pilihan buat pelancong,” katanya ketika ditemui selepas Perasmian Pesta Perarakan Perahu Berhias @Telok Berembang Sempena Festival Sungai Melaka yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Jeti Telok Berembang, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Shaharul Azuar Idris; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Lubuk China, Azmi Hashim.

Menurut beliau, perancangan itu dijangka melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM7 juta menggunakan peruntukan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Projek ini akan bermula 2026 dengan tempoh pelaksanaan adalah dianggarkan mengambil masa selama tiga tahun bagi melengkapkan segala perancangan diatur,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

442
Kongsi :
Previous post WRUR: 228 PROGRAM ‘GAMATKAN’ DURIAN TUNGGAL SELAMA DUA MINGGU
Next post SAMPAN ANYAMAN NIPAH BAWA TUAH