Tempoh seminggu kosongkan semua JAPERUN

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

TANGGA BATU 9 Okt. – Kesemua bangunan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) di negeri ini diberi tempoh masa seminggu untuk dikosongkan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ia susulan sudah tiada lagi wakil rakyat kawasan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan.

Katanya, perkara sama turut dipraktikkan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan dahulu yang apabila tumbang sahaja ia perlu diserahkan kepada kerajaan semula.

“Mereka ini (JAPERUN) bukanlah disuruh keluar serta-merta tetapi kesemua mereka diberi tempoh masa seminggu untuk dikosongkan, tidak kiralah dari pihak mana sekalipun.

“Jadi mereka diberi masa untuk mengosongkan barang-barang peribadi mereka, cuma saya minta yang hak kerajaan itu ditinggalkanlah,” katanya.

RUMAH tiga bilik dengan kos RM40,000 untuk enam beradik yatim piatu

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan simbolik penyerahan rumah baharu kepada enam beradik yatim piatu, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, sekiranya setiap JAPERUN memerlukan tempoh masa lebih lama untuk dikosongkan, mereka bolehlah mendapatkan budi bicara Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).

“Ya, semua JAPERUN perlu diserah kepada pejabat daerah dan ia akan diselenggara oleh penghulu kawasan.

“Kalau seminggu tidak cukup untuk mengosongkan, boleh dapat budi bicara pejabat tanah,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

498
Kongsi :
Previous post Tiga kanak-kanak hilang ditemukan lemas
Next post Royalti pasir: Melaka sedia beri kerjasama dengan SPRM
Ubah saiz-+=