Sorting by

×

Terima kasih pemain ke-12 – Ahmad Faizal

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui sokongan padu penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil jelas menyuntik semangat Harimau Malaya untuk meraih kemenangan 4-1 ke atas Bangladesh pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023, malam tadi.

Ahmad Faizal turut menghargai sorakan tanpa henti penyokong tegar skuad kebangsaan, Ultras Malaya yang menggamatkan suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil seterusnya meniup semangat para pemain untuk beraksi cemerlang.

“Malam bersejarah buat bola sepak negara selepas penantian 42 tahun. Kejayaan ini cukup bermakna buat seluruh Keluarga Malaysia.

“Teruskan fokus dan usaha untuk mencipta lebih banyak lagi kejayaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah buat skuad bimbingan Kim Pan Gon susulan kejayaan bersejarah Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit.

Pada perlawanan terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia malam tadi, Malaysia mencatat kemenangan selesa untuk mengumpul enam mata bagi tempat kedua di belakang Bahrain seterusnya menempah tiket ke kejohanan itu selaku lima pasukan naib juara terbaik.

Kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia pada 1980 dan skuad Harimau Malaya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, namun ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

891
Kongsi :
Previous post Saya hanya jurulatih ‘kecil’ – Pan Gon
Next post Agong ucap tahniah kepada skuad Harimau Malaya
Ubah saiz-+=