
(TERKINI) DUN JOHOR DIBUBAR HARI INI
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi pada sidang media khas di kediaman rasmi beliau di Saujana di sini, petang ini.
Beliau berkata pembubaran itu dilakukan selepas mendapat titah perkenan daripada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dalam satu majlis menghadap yang berlangsung hari ini.
Onn Hafiz berkata pembubaran itu selaras dengan peruntukan Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
“Pembubaran ini dibuat bagi memberi laluan kepada proses demokrasi melalui Pilihan Raya Negeri Johor, tertakluk kepada penetapan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
“Keputusan ini dibuat dengan niat untuk memastikan rakyat Bangsa Johor terus memiliki sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh, insya-Allah,” katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau menyeru semua parti politik, pemimpin dan penyokong agar menghadapi proses demokrasi dengan penuh adab, tertib dan berhemah demi menjaga keharmonian serta kemuafakatan.
Pada PRN Johor 2022, UMNO-Barisan Nasional menang 40 daripada 56 kerusi, Pakatan Harapan (12), Perikatan Nasional (tiga) dan MUDA (satu). – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SUMBANG KIT MAKANAN BANTU ASNAF PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 21 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus menzahirkan keprihatinan kepada golongan asnaf dan golongan kurang bernasib...
MITC HOTEL MERIAHKAN AKSI FINAL PIALA DUNIA, TAWAR PENGALAMAN EKSKLUSIF
AYER KEROH 21 Julai - MITC Hotel Melaka mencipta suasana istimewa apabila menganjurkan program Siaran Langsung Perlawanan Akhir Piala Dunia...
DARI LESONG BATU KE PENTAS NASYID NEGARA, SOFWATUL ITTIHAD HARUMKAN NAMA MELAKA
MACHAP JAYA 21 Julai - Penantian selama tiga tahun akhirnya berbaloi apabila kumpulan nasyid Sofwatul Ittihad dari Sekolah Kebangsaan (SK)...
BLOK BAHARU MMC SIAP 2028, BUKA PELUANG PEKERJAAN BAHARU
BANDA HILIR 21 Julai - Pembinaan blok hospital baharu setinggi 10 tingkat Mahkota Medical Centre (MMC) dijangka siap pada 2028,...
PELANCONGAN KESIHATAN MELAKA TERIMA 339,398 PENGUNJUNG SETAKAT JUN
BANDA HILIR 21 Julai - Seramai 339,398 pengunjung luar direkodkan menerusi sektor pelancongan kesihatan di negeri ini bagi tempoh Januari...
KEJATUHAN RUPIAH TIDAK JEJASKAN KEMASUKAN PELANCONG INDONESIA KE MELAKA
BANDA HILIR 21 Julai - Kemerosotan nilai Rupiah Indonesia tidak menjejaskan kemasukan pelancong kesihatan dari negara itu ke Melaka. Ketua...
