
Tertekan pedal minyak, kereta rempuh stesen minyak
PAYA RUMPUT 12 Jun – Dua cucu dan datuk mereka cedera selepas kereta dinaiki merempuh sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Rambai di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata sebelum kejadian pada jam 7.00 malam itu, seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun iaitu datuk sepasang remaja terbabit mengisi minyak kereta di stesen minyak berkenaan.
Katanya, sebaik selesai mengisi minyak, warga emas berkenaan dipercayai tertekan pedal minyak ketika memasuki gear D sebelum terbabas merempuh kedai serbaneka dalam stesen terbabit.
“Akibat kemalangan itu, pemandu dan dua cucunya seorang lelaki berusia 13 tahun dan perempuan berusia 12 tahun cedera ringan.
“Kemalangan itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa dan tiada kecederaan melibatkan orang awam lain,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata akibat rempuhan itu lima panel kaca pecah dan hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat alat rakaman litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JAMUAN AIDILFITRI TANDA TOK RAOP TAK LUPA RAKYAT KURANG MAMPU
GADEK 11 April - Penganjuran jamuan Aidilfitri di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka bukan sekadar untuk makan-makan, tetapi...
WRUR DUN GADEK BUKA TIRAI, FOKUS SELESAI ISU RAKYAT
GADEK 11 April - Tirai Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek secara rasmi dibuka hari...
TOK RAOP AJAK ALUMNI BERSAMA-SAMA PERKASA SMK GHAFAR BABA
LENDU 11 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Yusoh menyokong hasrat pihak pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba...
MELAKA BAKAL MENGANJURKAN TEMASYA SUKAN OKU JULUNG KALI, MEI DEPAN
PENGKALAN BATU 11 April - Kerajaan Negeri bakal menganjurkan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Melaka buat julung kalinya yang...
MESRA TURUT FOKUS KEPADA ASPEK PENDIDIKAN, KEBAJIKAN RAKYAT
LENDU 11 April - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang diangkat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, turut...
KEROSAKAN RUMAH, TANAH RUNTUH ANTARA ISU UTAMA PENDUDUK GADEK
GADEK 11 April – Aduan berkaitan kerosakan rumah, keperluan baik pulih serta isu tanah runtuh dikenal pasti sebagai antara masalah...
